University: Are students charity worker

Welcome everyone or senang citer, selamat datang le dalam bahasa Malaysia to the new nonsensical series of crap writings on this blog (who nobody ever reads by the way, meh). Nama pun dah mi rojak, of choice la bahasa tak on ‘par’ gitu ngan posting sebelum neh. So jangan marah yea, disclaimer dah bagi awal-awal lagi. Dan kepada sesiapa yang mungkin terasa senak or senang citer ‘butthurt’ baca posting ni, silalah minum milk of magnesia bagi lancar perjalanan excretion tu.

 

” Tiap universiti kau pergi mesti ada masalah. Kalau ada universiti baru bukak sebelah tu, yang tu pun automatic la jugak ada masalah”                                                                                                                                                                              

                                                                                                                                                                                                                                     –Anon, 2013.

 

Only in this country, uni students not associated with alcohols

So semua pakat dok mai rapat-rapat kat achik ni, hari ni kita kupas bawang, eh silap, isu yang dinyatakan dalam title di atas.  Are students charity worker? Ambuih, hareyy tul admin ni dok tanya soklan pelik nih. Sonang cakap, admin ni tanya kat ngkorang semua, adakah pelajar kat universiti ini pekerja pertubuhan amal ke? Lebih kurang macam tu la. Awat pulak admin dok tanya benda tu? Sukati la, nak provoke otak tu skit (or maybe nak dapatkan jawapan kepada soalan yang merunsingkan hati admin). Okeh, first thing first, sesape yang dah masuk universiti (tak kisah la amik asasi ke, diploma ke, bachelor degree, phd, etc.) apa yang korang expect bila masuk universiti? Pembelajaran yang holistik, dipenuhi dengan tenaga pengajar mahir yang 70% bergelar professor dan semuanya pakar dalam bidang masing-masing? Kehidupan yang berkualiti dengan jadual pembelajaran yang dinamik, aktiviti kelas yang berkualiti dan menepati matlamat falsafah “meaningful learning”? Ataupun seperti kata-kata pujangga lecturer saya di zaman kolej, “time korang masuk universiti ni la yang paling best, dapat jalan sana-sini, timba pengalaman di bumi orang”? Bukan? Ke bak kata member saya dulu, “kita masuk universiti, kita la raja (applies to ipts only) kita bayar lecturer untuk ajar apa yang kita nak, takkan kita pulak jadi kuli ye tak?” (okeh yang ni aku betul-betul ‘reka’).

 

Tapi cuba bayangkan, kita dah lama hidup dekat universiti ni, dari satu institusi ke institusi yang lain (kira orang lama la) and then bila masuk satu uni ni, tetiba apa yang kita dengar dari member or dari pengalaman kita yang lepas, tetiba suasana jadi lain macam. Kira nak tanam pokok cabai, acane pulak tetiba pokok rambutan yang tumbuh, camtu la lebih kurang analoginya (jangan marah, aku zaman amik bio dulu memang suka pakai analogi pelik-pelik).  Masalah management tu boleh tahan lagi, tenaga pengajar kurang berkualitas, pass, infrastruktur kampus miskin, no hal; tapi apabila aktivitas luar kelas (kokurikulum lah) lebih dititikberatkan daripada classroom learning, sapa suka weh. Alkisahnya la dalam hidup aku, first time nampak budak-budak life science terkinja-kinja buat aktiviti yang dipaksa dan diorang tak suka, ajaib, coz macam member aku cakap sendiri, “budak-budak sains uni mana ntah yang suka bebeno buat program ngarut kat kampus, takde masa siot”. Aku sokong membe aku, coz sebagai bekas budak sains dulunya, yang paling tak minat buat aktiviti kat kampus adalah budak sains. Kitorang takde masa and lagi suka hadap LCD lebih dari tiga jam, semata-mata nak pahamkan nucleophilic substitution reaction. Kau nak kitorang habiskan chapter deviation from mendelian law dalam masa seminggu dengan kelas tutoran sejam dan kelas teori dua jam, at the same time, patutnya kau bagi explanation pasal gastropod shell, tapi kau suruh diorang gi kat luar, menari terkinja-kinja  sambil buat aerobik la kononya. That’s total BS man! Insanity! Lepas tu kau nak suruh buat kelas ganti? Apa ko ingat student semua IQ lebih 210 ke apa? Setakat dua ke tiga event besar kat kampus untuk menampakkan kemegahan universiti di mata dunia tu aku boleh terima. Flashmob? Menari terkinja-kinja? Tiap minggu bukak booth and pergi anjur event kat luar, pakai duit student? Something wrong la bro. (stay tune, tak sampai part yang best lagi ni)

 

Yang best sekali, bila lecturer yang gi join sekali event (kira buat OT la ni), tak dapat apa pun. Nothing, nil, nul, nihil, sifr. Habuk wang pun tarak. Okeh, aku agree, pegi rumah anak-anak yatim, membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam hidup diorang, meringankan beban diorang, berkongsi citer  pahit manis hidup diorang, itu satu benda yang cukup mulia di mata aku. Tapi kot ye pun, berpada-pada lah. Satu minggu ada lima charity work dari beberapa pihak, nampak cam bermegah-megah tau tak? Student kena raise  duit sendiri untuk buat charity, best of all, kena gak pegi, kalau tak melepas la sijil sebab permata tak cukup, kahkahkah. Nampak tak di sini? Tak nampak? Kau baca ke tak title posting ni? Are students charity worker? Aku rumuskan camni la, kau ada satu syarikat yang besar dan maju. Satu hari, kau suruh staff bawahan pergi anjurkan makan malam amal kat hotel. Duitnya ko tak bagi, kau suruh pekerja kau kutip duit sendiri, and then bila event dah siap, memang kau puji staff kau, tapi kau cakap kat media betapa baiknya syarikat engkau, walhalnya yang buat event tu staff kau tanpa bantuan kewangan dari kau, tapi kena paksa pakai label syarikat kau, kalau tak, berhenti kerja la alamatnya. Tapi apa leh buat, kalau kau tak pernah berada di kedua-dua paksi extreme, memang kau tak nampak la argument yang cuba dibangkitkan di sini. Jawabnya angguk-angguk, geleng-geleng, cikgu berak berdiri, kita ikut sama. Bila mau maju da macam ni? Sampai bila student kena layan cam budak-budak. Kau ingat kau syarikat penerbangan tambang murah apa nak cas sembunyik-sembunyik? Takpe, yang penting kau kumpul duit, saving 200 sebulan so dapat pergi compulsory international visit (ni separuh reka, cuma bahagian hujung tu betul).

 

In the end, aku berbangga la, at least aku tau kat mana 3 jutawan kat negara ni lahir dari program orientasi yang hebat (sarcasm). Nasihat aku, nak jilat kasut, buat la kek kasut, bukan jilat but lama depan orang ramai, malu kot (takde kaitan, sesaje).

Full of those high quality frosting. Not included, poop.

 

 

About Dark Fent

............( The lines itself is enough right, no one bothers to know anyway) That is an enigma......

Posted on May 14, 2014, in Mi rojak series. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: